--Ex lover’s Wedding-
Dulu selalu aku slalu bayangkan macamane rasenya kalau orang yang kita sayang kawen?? Hm.. mesti sedey
aku dah lama clash dengan die cuma perasaan sayang tu jer tanpa aku sedar masih tetap aku simpan walaupun sekarang aku bersama orang lain. Bagi aku dia 1st love aku. Walaupun mase tu just cinta monyet jer.. budak2 lagi, baru form 1 da gatai nak becinta-cinta, tapi yang tu lah yang kekal dalam ingatan sampai sekarang. Nak bercerita al kisah cinta kami kat sini, malu plak rasenye. Tak banyak yang bahagia pun..
-Selamat pengantin baru-
Aku tak pernah salahkan dia kerana hadir dalam hidup aku. Walaupun aku memang pernah menangis kecewa atas apa yang berlaku namun kini bagi aku semua itu takdir yag telah tertulis. Sememangnya tiada jodoh antara aku dengan dia, biar betapa dalam perasaan sayang kepadanya namun bukan aku yang bertakhta di hatinya…
No comments:
Post a Comment