10 January 2009

Perjuang yang belum selesai…

Gambar hiasan

Selamat menyambut awal muharram.. dan selamat tahun baru….
Sedar tak sedar masa begitu pantas berlalu… detik demi detik meninggalkan pelbagai perkara dalam bentuk nostalgia, yang pastinya tak mungkin akan dapat kita rasai lagi, hanya yang mampu untuk dikenang saja…

Sebagai manusia biasa, sudah menjadi lumrah, kita akan selalu mengenang perkara yang sudah berlalu… kita akan merindui suatu kehidupan yang pernah kita jalani dulu.. oleh itu, hargailah hari ini, kerana hari ini tentunya akan berlalu dan satu masa nanti kita pasti akan merindui hari ini…. (paham ke ayat belit aku ni.. hehehe)




Tapi walau apa pun ia, yang ,manis jangan dilupakan, dan yang pahit kita jadikan iktibar dan pengajaran. Kita kene ingat!!!! KEGAGALAN BUKAN BERERTI KEHANCURAN tapi ia sebenarnya memberi kita pengalaman yang amat bernilai di masa hadapan. Orang yang bijaksana adalah org yang selalu menjadikan kesilapan lalu sebagai iktibar… so, ingat!!! Never repeat d same mistakes!!!



Hari ni telah melangkah ke tahun yang baru. Umur semakin meningkat… masa terus berjalan… aku suka dengan satu rangkap lirik lagu kumpulan slam….

Roda hidup kan terus berputar, masa tua kan terus mengejar… usah terlalu genggam yang lalu.. biarkannya di situ….

Rasanya baru lagi aku melangkah ke uitm… n sekarang aku pun macam tak percaya yang aku berada di tahun akhir dalam program diploma perakaunan di sini. Memang tak sabar2 nak grad coz I’m really tired sitting here… tapi bila aku masuk first class aku pagi tadi, aku tersentuh dengan kata2 lecturer aku…. tinggal hanya 14 minggu saja lagi aku dan kawan2 di sini… macam yg aku membebel kat atas tu, ia akan jadi kenangan yang aku bakal rindui…



Pi dari ak part 1 sampai part 6

So, azam aku tahun ni untuk kumpul sebanyak mana kenangan manis yang dapat aku abadikan kelak… this sem tak banyak subjek. Aku yang mulanya tensen sangat dengan masalah kolej, result exam, kawan2, duit, finally dah beransur settle…alhamdulillah… nampak kecik, macam lemah tapi hati cekal beb.. huhu

K tatau nak ngarut pe lagi… luv u uitm… kau di hatiku

My sumber inspirasi

Best friend’s Weedding

nur sabarina
Alhamdulillah… ina dah kawen.. Muda lagi dah bergelar isteri orang. Ini pilihan dia, aku tetap doakan kebahagiaannya… setiap orang punya hala tuju dan matlamat hidup yang berbeza… jodoh ina tiba dulu mendahului kami yang lain… congratulation my frez… semoga kekal berbahagia ke akhir hayat…


Macam biasa, kitorang takkan lepaskan peluang dalam menghadiri majlis cenggini, tambah plak member seperjuangan di zaman skola dulu yg kawen kan..??? mesti mau enterframe.. huhuhu




Aku + ena + grah + arah + zan + za

Lagi satu, ni la peluang nak jumpa balik dengan kengkawan lame, abez skola sume bawa hal memasing kan.. sangat susah nak ada peluang jumpe cam kat pic atas ni…

Kenangan kem usahawan muda di teluk rubiah

Ina + arah + palah + aku + man

Seimbas kenangan di zaman skolah dulu… aku rapat dengan ina ni start mase form 4. Si Ina transfer student dari Sarawak mase form 3.. memula aku memang tak bekenan dengan dia, GEDIK!!! Hehehhe… bila masuk form 4, geng aku ramai pindah skolah teknik. Nak taknak terpaksa la aku kawan dengan die.. hehehheh

Sejujurnya aku suka dengan dia, ikhlas dia cantik, pandai n punya daya tarikan. Tu la orang kata tak kenal maka tak cinta.

Actually aku pun tak tahu nak menggambarkan macammana perasaan aku bila datang majlis dia ni, aku tumpang gembira tapi still something inside yang buat aku emo sket… maybe aku agak terkilan sebab bila dia dah kahwin, dia dah jadi milik orang lain, dah ada komitment besar untuk family dia… for sure hubungan kami takkan macam dulu..