22 July 2009

uitm perak dan H1N1

"Seramai 55 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar yang dikuarantin sejak semalam dilaporkan tidak menghidap selesema babi tetapi sejenis penyakit menyerupai Influenza (ILI).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar,
Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata mereka dikuarantin sebelum ini bagi mengelak influenza ILI itu daripada merebak kepada 12,000 penuntut lain selain kepada kakitangan dan pensyarah di kampus berkenaan"

p/s: keratan akhbar harian metro

harapnya begitulah..

tapi..

tadi mase kat dalam kelas, tgh dgr En. Saadon ( idaman aku) bagi lecture kat depan... tetiba pintu kelas diketuk..


en azman: (wat muka pelik tgk kitoranng kat dalam kelas)

student: nak kene balik skrang ke encik?

en azman: ye, sekarang.. pengarah kampus dah keluarkan arahan supaya semua pelajar meninggalkan kawasan kampus sekarang juga selewat-lewatnya sehingga tengahari esok. Dan kembali ke kampus pada mingu berikutnya...

##surat pekeliling telah dikeluarkan, memgarahkan student meninggalkan kampus secepat yang mungkin.. kenapa?? H1N1 kah???##

dan kami pon mengemaskan buku2 untuk meninggalkan perkarangan kampus UiTM ini... dalam rasa seronok sebab dapat cuti free, kepala otak aku ni rase seram tetiba mengenangkan keselamatan UiTM kini sudah diancam wabak virus H1N1..

walaupun tak di sahkan lagi tapi, kepala otak aku sekali lagi tertanya2 apakah sebab yang pasti pengarah kampus UiTM Perak (pujaan hatiku..) mengeluarkan arahan sebegitu...

semoga wabak ini tak tersebar dan semoga ia cepat berakhir...

amiiinnn.......


2 comments:

idura said...

excuse me... sila jangan balik trolak ek?
ko gi la bercuti ke mana-mana dulu. hehehhe...

dieya said...

pedulik hape...