26 September 2009

aidilfitri yang berbeza..

Countdown.

:: JUMAAT .................................

Menjelang hari raya..Berakhirnya puasa..
Bergema takbir senja..
menyambut syawal tiba….


Da nak abeh raya.. aku baru terhegeh2 nak citer pasal raya.. huhu
atas unsur2 ke’BZ’an akhir2 ni,
baru sekarang aku berkesempatan nak men’STORY’…


Aku balik trolak hari jumaat dengan jiwa RAYA.. motivasi nak siapkan baju raya.. n paling best aku ada RAMBUT RAYA… hehehe


:: SABTU .......................


Lepas sahur aku terus potong kain nak wat baju raya..

mak sibuk prepare bahan2 nak bakar lemang..

kakak2 aku plak sebok la buat kueh raya..


Tapi dalam tengahari tu, kami dapat satu berita sedey.. pak usu aku yang tenat kat hospital dah menghembuskan nafas nya yang terakhir..

jenazah dikebumikan lepas asar tu jg..

aku tumpang sedey tgk mak sedara aku n anak2nya yang kehilangan pak usu..

semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

marilah bersama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah…


Semua persiapan raya kat umah plak terbengkalai macam tu je..



DI AIDILFITRI…...................


walaupun dalam keadaan sedey atas pemergian salah seorang ahli keluarga aku,

persiapan raya yang terbengkalai tetap disiapkan dengan ala kadar..

Lemang pun siap pukul 2.00 pagi…


Baju raya aku siap kul 10pagi..
mandi n terus pakai…

Tomyam juadah di pagi raya pun serba kurang..

tapi tetap sedap di tekak aku..

jemput2 makan meh..

tak bayak story..

tak banyak aktiviti raya kali ni..

pic family pon takde sebab segalanya kelam kabut..

pape pon


selamat hari raya.. maaf zahir n batin..




16 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

14 SEPT 2009:

suatu jamuan berbuka puasa..


Huhu ramai giler..

yang best nye majlis ni tak ader perancangan awal..

time kelas pagi ni baru decide nak buka pose sesame..

then terus tipon restauran yang berkenaan…




Bertempat di :

Batu gajah


Ada 8 bijik kete konvoi beramai2 dari uitm ke batu gajah…

Best..

secara tak langsung merapatkan lagi hubungan sesame kami sume,

maklumlah before thiz, masing2 dari uitm cawangan yang lain2


so really take time lah nak mesra kan..

tapi tak sangka, kitorang dapat wat majlis cenggini..

berkat ramadhan lah katakan….


Tetamu jemputan:

seramai 36 orang pelajar kelas BACC 4B


Ada berapa hari je lagi nak raya..

so minggu ni mmg takde mood aku nak g kelas..

(sempat lagi aku ponteng 2 kelaz.. huhu)


hati aku mmg dah terbang melayang2 ke sisi mak n abah kat trolak…


berbalik kepada cerita majlis berbuka ni, aku really nak say thanx kat liza koz sudi menumpangkan aku n d geng menuju ke tempat kejadian…

thanx beb..


hope next time kita leh wat lagi ape2 event ramai2 ngan dak kelaz..




Sekian laporan dari:

dieya


12 September 2009

Menjelang aidilfitri…

aku takde baju raya lagi..
member2 aku sume ader sampai 4 5 pasang baju raya.. ( gileerrrr tul)
kalu tahun2 sebelum ni, baju aku same dengan kakyang...

lepeh die kawen, aku dah tak dibenarkan menyibuks ikut kaler tema raya family die
tapi dulu aku ada "buah hati pengarang jantung"
sempatlah bersedondon baju same kaler untuk 3 kali raya

tapi sekarang tak lagi...

ala.. mula lah aku ni nak touching2..
xpelah, tahun ni aku wat baju same dengan mak n abah..

jumaat-1.30pm - aku n d geng bergerak lah menuju ke ipoh, cam biase.. rempitlah

-destinasi pertama:
  • greentow mall.. kat situ meriah sket cam nak raya..
  • dari satu kedai ke satu kedai aku mensurvey mencari yang the best among the best..
  • penat... (sbb aku gatai pakai kasut wages 3inci) padan muke aku.. huhu
  • dalam kul 6.30 baru kitorang setle shoping kat GM, rehat jap kat dataran ipoh..
  • tunggu nak berbuka pose
- destinasi kedua:
  • jaya jusco, ipoh
  • penatnya hanya tuhan je yang tahu... da longgar sendi2 tulang 4 kerat aku ni
  • tapi tetibe aku rase rindu kenangan dulu2 time kecik2 shoping raya dengan mak abah.. tapi sekarang aku kategori kecik lagi pe??? cume umur je dah merangkak dewasa..
  • cewahhh... dewasa ke???? remaja lagi lar..
snap jap kat tempat bese.. huhu

  • dalam kul 10 lebey kitorang pon gerak la pulang ke tempat asal..
  • tu pon sebab jj da nak tutup.. huhu

shoping bagai nak rak..
lupe lak yang kitorng ni naik moto..
sejenis kenderaan yang tak berbumbung dan tak berbonet,
ape la sangat raga motor tu nak muat barang2 yang overspace tu.. huhu
nasib baik malam,
org tak perasan sgt.. wat malu je.. :-p

yg mane suai utk aku eh?? kiri ke kanan?? penen aku nak pilih..