30 July 2008

Jalan-Jalan Cari Ketenanangan


Aku memang anak jati perak. Mak asal sungkai kahwin dengan abah asal bota, then menetap kat Felda trolak selatan, n of course aku asal dari situ lah. Trolak kampung halamanku. Aku.. dibesarkan kat trolak, sekolah kat trolak, bercinta dengan org trolak (kebanyakannya). Sambung belajar pun dekat uitm perak. So, pendek kate ikatan aku dengan negeri perak ni memang cukup kuat sekali.

Well perak memang banyak tempat2 yg menarik. Ehm tapi aku pun tak abis melawat lagi. Antara tempat2 dalam perak yg aku tak penah sampai, grik, bagan serai, selama, lenggong, parit buntar, larut, bukit gantang, bagan datok, taiping…ala, paling2 pun setakat lalu aje.

Aku ni plak jenis yang suka dengan aktiviti yg berkaitan dengan air.. pegi picnic kat air terjun ke, sungai ke, tasik ke, laut ke, kolam ke, air mata air ke, air ujan ke memang peberet aku, tambah lagi kalu tempat tu indah permandangan nye.. wahh… memang aku suka. Leh tangkap gambar.. kenangan beb.

Dari semester 1 dulu aku ader hajat. Nak pegi genting n pangkor. Last aku p genting mase form 2 ngan rombongan sekolah. Pangkor memang seumur hidup aku tak penah sampai lagik.. selama 5 sem aku kat uitm, leh kate tiap2 sem aku try plan dgn kawan2 nak pi bercuti ramai2 tapi tak der rezeki kitorang… kempunan aku..

Tapi sem ni, alangkah gumbira nyer aku sampai tak terkata bila aku n 10 org lagi kawan2 aku telah menghabiskan weekend kitorang kat pulau pangkor ni. Wahhh takjub aku rase.

Actually kitorang tak rancang pun… aku tak bangun tido lagi pagi tu dapat sms ida, suh siap2 nak gerak pi pangkor sekarang???? Giler… x plan tapi best



First day in pangkor


Kami tiba di pangkor kira2 pukul 4 petang. Kitorang menginap kat rumah ala2 pondok, Intan Beach Resort name tempat tu. Confirmlah penginapan antara yg paling murah sekali. Kami kan student.. heheh

Lepas rehat jap, solat asar sume, kami berpeleseran di tepian pantai, tangkap gambar kat pokok, kat pantai, kat tepi jalan, kat batu, kat sume tempatlah selagi tempat tu boleh amek gambar kan…

Kami abeskan mase lepak2 kat pantai sambil nak tunggu matahari terbenam. Ni pertama kali aku dapat tengok permandangan yg maha indah, senja di waktu matahari terbenam. Subhanallah memang cantik sangat. selama ni aku tengok kat tv n gmbar dalam majalah aje..

Dah puas, dah penat, kami balik mandi n solat maghrib sebelum kuar balik nak memantau makanan yg best utk dinner plak….



Second day in pangkor


seawal 7 pagi kami dah siap nak g mandi. Heheheh macam dah jadi org laut betul plak. Sejukkk menggigil aku tapi ku gagahkan jugak tulang kering aku ni untuk menghadapi kedinginan angin + air laut pangkor pagi ni.. eh? Sempat lagi possing amek gamba ek? Hehehe

dalam kul 8 lebih kitorang dah mulakan aktiviti pengembaraan nak ronda 360 satu pangkor ni. Da booking bot dari semalam.hehehe, so pakcik yg bertanggungjawab bawak kami tu datang tepat pada waktunya. Kami dibawa pusing laut tu. Sekali lagi aku terpesona.. bestnye.. tak pernah rase damai camni.

Kami diberhentikan kat satu pulau kecil yg banyak sangat ikan. Air die jernih memukau pandangan aku. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan n google, leh snorkeling. Hehhe best tau. Lame kitorang mandi kat sini.. sampai kecut2 urat saraf badan aku kesejukan. Rase macam kitorang ni terdampar kat pulau plak, macam dalam citer pirates of carrebian tu la.. heheheh

Dalam kul 12 baru kitorang gerak ke pantai asal tadi n teruz balik nak bersihkan badan dengan air mutlak pulak. Dah macam dawai dah rambut aku ni. Time to go home…
Kirang siap on time, ngam2 sampai jeti dah ade feri. Ala… nak balik da ker? Good bye pangkor..

Penatnye.. mase ni baru aku terasa lenguh2 dah sendi2 badan aku ni. Tambah plak mengenangkan kerja asgment yg tak siap lagi.. adoiiiiii datang balik sakit jiwa aku..


Pape pun memang best kenangn ni. Bezzzz zzzzz

No comments: