Jahatnyer aku.. seumur hidup aku, tidak pernah sekali pun aku mengucapkan selamat hari lahir kat abah, jauh sekali untuk aku memberikan hadiah sempena hari lahirnya.. sedangkan abah tak pernah lupa hari lahir setiap anak-anaknya… maafkan dieya ye abah..
Tanpa ucapan tak bermakna aku melupakan, tanpa hadiah tak bermakna aku tak menghargai.. aku tau abah pun tau.. korang jgn pk aku anak tak baik tau. Aku nakal sikit je.
Pada tahun ni, genap usia abah 66 tahun. Abah masih sihat dan kuat membanting tulang mencari rezeki memberi kesenangan untuk anak2 dan cucu2nya. Aku sedih tengok abah dan mak masih bekerja keras. Patutnya dalam usia mereka, duduk berehat di rumah. Aku anak bongsu, anak yg masih lagi dalam jagaan abah dengan mak. Untuk menampung perbelanjaan pelajaran aku, mak abah buat apa saja. I love both of u so much.
Menjadikan aku lebih syahdu, anak sulung kakak aku lahir pada tarikh yg sama dengan Hari Lahir abah. Aku percaya, inilah hadiah yg bermakna untuk abah.
Ahmad Danial Darwish bin Ahmad Fajeri.. inilah cucu terbaru abah. Dalam kemeriahan keluarga aku menyambut kelahiran Darwish, dapat lagi satu berita yang kakak aku lagi sorang tu (nyah) mengandung lagi untuk anak ke 5. hehehe meriah nye keluarga aku.
Sekarang aku dah ada 8 orang anak sedara, dalam kata lain, abah n mak dah ada 8 org cucu. 4 laki 4 pompuan. Hehehe terima kasih kepada kakak2 dan abangku yg memberikan hadiah untuk mak n abah… nanti aku pon nak bagi gak.. heheheh
Comelnye generasi masa depan keluarga syed hassim ni.. hihihi
No comments:
Post a Comment