13 August 2008

AYAT-AYAT CINTA

Assalammualaikum……



Aku ni peminat novel tapi koleksi novel tak banyak pun. Yang ader dalam koleksi aku…katerina + kashah lagenda berakhir + bagaikan puteri, + cinta sang ratu + ungu karmila.. total suma baru ada 5 novel jer. 1 novel purata harga dalam RM19.90, maknenya aku da abeskan sebanyak RM99.50. ala, cincai kire RM100 lah kan. Bukan 5 novel dalam sebulan tau tapi 5 novel ni aku kumpul dari aku part 1 kat uitm ni. Sekarang dah part 5… hehehhe (kedekot nyer aku)


Ehm.. dah lame dah aku terpandang novel ayat2 cinta. Tapi tak tergerak hati aku nak beli. Taktau naper, n biler kuar filem adaptasi dari cerita ayat2 cinta tu pun aku maleh nak tengok. Kawan aku dah penat paksa. Aku pun pelik jugak best sangat ker??

So… aku pun try la tengok….hem.. not bad. Best.. memang best. Cerita ni buat aku terfikir tentang cinta. Korang dah tengok? Aku tersentuh dengan keikhlasan n pengorbanan seorang isteri suaminya dan wanita lain yang memerlukan…
Cerita ni buat aku menginsafi diri, tentang hubungan sesame insan dalam konsep islam.

Ni sinopsisnye…

Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan sekadar kisah cinta biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun naiknya persoalan hidup dengan cara islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar dari Indonesia yang berusaha menggenggam gelaran masternya di Al-Azhar. Dengan susah payah mengharung panas debu mesir. Berpegang dengan pelbagai macam target dan kederhanaan hidup… semua targetnya dijalani dengan perancangan rapi kecuali untuk bernikah…?

Kenapa? Kerana Fahrin adalah lelaki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal cara bercinta sebelum ijabkabul. Dia kurang pandai berkata2 saat berhadapan dengan insan yang bergelar perempuan. Hanya ada sedikit wanita di dalam hidupnya, iaitu nenek, ibu dan saudara perempuannya…

Bagaimana pula ketika kemunculan aisya, maria, nurul dan norou??

p/s: Tengok la korang… best tao

No comments: