18 August 2008

minggu training

1) TRAINING PUASA..

Aku sekarang bz membiasakan diri sempena bulan ramadhan yang tak lama lagi ni.

Maklumla ader hutang2 yang perlu dilunaskan. Last minit baru nak ganti. Teruk betul aku ni. Aku bukan sengaja nak lambat2 kan Cuma masa ni cepat sangat berlalu.. sekejap je rasenye baru raya dah nak puasa balik. Ehm.. u all dah ganti ker?

Yang best nyer, member aku sab n anis ajak plak bukak pose kat luar, makan kat restoran fatwa kat batu gajah (diorang belanje plak tu). Diorang ni ader bisnes jual makanan halal secara haram..hehheeh camane tu?? bukan haram dari segi hukum islam tapi sebab depe langgar peraturan kolej, manjalankan perniagaan n masak kat dalam bilik… heheheh


Aku pun tak tau sejak biler diorang jadi usahawan berjaya kat uitm ni. Sedar-sedar 1 malam tu depe wat direct selling jual sosej kat bilik aku. Leh tahan jugak sedapp…aku pun penah tolong depe proses sosej tu. Memang aku kagum la ngan depe ni. At lease depe carik duit halal. Income tambahan.


1) TRAINING STAMINA

Minggu ni plan awal aku sebenarnya nak training stamina ilmu aku untuk cover test yang berderet2 next 2 week nanti, tapi aper yang jadi laen plak..

Start pagi sabtu tu, anis n sab (depe lagi?? Macam takde org laen!!)

Ha… diorang ni ajak aku g jogging pusing uitm. Ok gak, dah lame aku tak wat aktiviti yang sihat macam ni. So kul 6.30 a.m lepas solat subuh, kitorang pun g la jogging.,… hem.. tau ker kitorang jogging sampai mane? Lumut?? Uih, tak der la jauh sangat tu.. kitorang jogging sampai SIDEX je...


SIDEX ni kawasan perumahan kat Bandar Seri Iskandar (aku pun tak tau naper known as Sidex..) kebanyakan student Uitm yg NR (Non-Resident) sewa umah kat situ rrr. Boley tahan jauh gak rr. Selalu uitm sediakan pengangkutan bas nak amek student kat Sidex ni g kelas, n kitorang plak leh jogging sampai sini.. hah.. imagine la..



balik tu kitorang da semput tak larat nak balik uitm so, alternativenye kitorang gegar rumah D (pakwe anis). Mtk tlg die anto nek kete….hehehe teruz g makan dulu.

Roti telur satu…. Ehm.. sedapnye

Sampai uitm, rehat jap kat bilik..

Next sab plak cabar aku fight Badminton dengan die.. huh aku memang pantang dicabar, teruz g court..kitorang main lebih sejam jg rr sampai aku rasa nak tercabut tangan aku ni.. peluh macam org mandi ujan. Then tido…


3) TRAINING BIZNES


Pagi jogging, tengahari main Badminton. Petang wat pe? Teka rr

Petang tu kitorang melantak… laparrr. Kenduri megi. Dah kenyang start nak proses sosej plak. Malam ni sab n anis ade operasi biznes, so aku pun join je la.. tlg ape yg mampu..











Ader 3 jenis sosej tau:

1 – sosej stim RM0.50

2 – roti sosej RM1.30

3 – sosej Grill RM2.00


Hm.. buat mase ni, ader 3 jenis produk makanan je. Sosej grill tu paling sedap. Roti sosej pun sedap gak, sume sedap ler..

Malam ni kitorang g jual kat 2 blok kolej. Kat kolej cemara ( blok aku) & kolej angsana (jiran)

Setiap satu blok ader 2 wing, ader 4 tingkat. Ader lebih 500 bilik.. bayangkan aku mendaki tangga n berjalan dari bilik ke bilik.. penat tau… kami amek mase dalam 2 jam lebih nak abiskan suma sosej. Dari kul 10.00pm – 12.30am.

Abis tu balik bilik, basuh muka n tido…..



4) TRAINING VOKAL

Sunday, hari Ahad, dapat msg sab ajak g ipoh, nak release tensen..

Aku berkira2 gak budget, rase macam maleh nak p mengenangkan aku nak study ari ni sebenarnya.. tapi setan dah menghasut kepala otak aku ni… (aku bukan maksudkan sab tu setan eh… tak baik tau)

sab+dya+anis

Lagipun aku tak reti camane nak cakap tak nak! Takut depe kecik ati plak, so aku pun follow je la. Teman depe beli barang2 biznes kat tesco, g carik baju raya kat megoplex n lastly, g karaoke kat GreentownMall.

Abeh tu, sume suare xder. Memang all out la ari ni. Takder nak pendam2 bakat.. heheheh

Aku nyanyi 4 lagu :

hajat – haida,

desa tercinta - nora,

Dia-gee,

getaran cinta di jiwa – liza hanim

ok.. next isnin waktu kuliah start macam biasa. Nak bagitau, khamis ni 14ogos aku nak balik trolak.. hoorreeyyy.. bestnye.. nanti kat trolak kene training jaga baby anak kakak aku plak..hehheh

k c u when I c u…..

1 comment:

Heri Darwis said...

rajen korang bisnes..bagus2...