23 June 2008

SEMESTER BREAK

- selamat pengantin baru-


Ramai plak kenalan aku yang melangsungkan perkahwinan yer. Ok aku ucapkan selamat pengantin baru pada 2 jiran aku, A’ol dan isterinya. N satu lagi pasangan pengantin, abg nuar. Tak lupa untuk sepupu aku, kak ilah n abg nazrul. Dan… my exboypren azrul b zawawi dengan pilihan hatinya…

Kak ilah n abg nazrul

Sekali lagi aku ucapkan selamat pengantin baru untuk kak ilah n abg nazrul. Majlis yang dilangsungkan kat kg belah abah kat padang changkat, bota pada 7 june 2008 yang lalu. Warna tema ungu lembut. Serius cantik. Ni kan kaler peberet aku. Dulu kakak aku kawen tema kaler coklat gold, peberet aku jugak. Tak adil.. nanti aku kawen nak amek tema kaler aper??? Heheh


Tahniah aku ucapkan pada kesetiaan sepupu aku pada suaminya. Setelah menjalin ikatan pertunangan selama hamper 5 tahun, akhirnya mereka selamat di ijabkabulkan juga. Alhamdulillah. Yer la mase bertunang tu lah dugaan paling hebat, orang bertunang kejap pun macam2 hal, ni pulak 5 tahun ye tak. Bak kater kakak aku, kalau kawen da dapat 2 3 orang anak dah.. hehehe tak aper la, laen orang laen cara. Aku nanti btunang nak 2 minggu jer.. boley??

Aturcara majlisnya unik sket. Start macam biasalah pkul 11 dah ada tetamu datang makan, tapi lepas zohor barulah sepupu aku ni g masjid, nikah. Ari pun dah ujan, kak ilah amek mase sejam lagi utk make up lain plak. Tadi tu make up utk nikah ala-ala neutral ni nak sanding nak vogue sket…

hmm tak taula nak komen, actually tak nak komen lelebey pon. maklomla aku pon tak kawen lagi, karang sesedap kritik majlis orang, majlis aku nanti entah macamaner kan..

PErSeDiAaN FiNaL eXaM

-trip to teluk batik-


Final exam yang digeruni akhirnya tiba lagi. Kali ni subjek akaun 1st paper semput nafaz aku. Mengenangkan cabaran Puan Yuz. aku memang nak buktikan pada dia yang aku boleh.. aku balik kg mase study week pun 3 hari jer sebab nak focus study plak.
( sebenarnya aku dah ponteng 3 kelas b4 tu…heheh)

Akaun Part 4 atau subjek kod dier FAR250 memang susah giler. Betul2 mencabar kepala otak aku tapi nasib baik aku dianugerahkan minat dalam bidang ni , so tak derlah aku cepat give up Cuma aku malas skit. Biaselah tu kan… 2 hari lepas aku balik dari kg, konon nak study tapi takleh gak. Mood tak datang lagi.


Masa tetap berlalu tapi aku n d gang tak dapat feel nak mengadap buku, so kitorang wat keputusan untuk mencari ilham di tepian pantai.. dengan berkongsikan modal minyak, sewa kereta n makanan kudap2 kitorang pergi picnic kat teluk batik.. wahwah happy nyer, lagak gayer macam dah setle final exam padahal…..??










DEMAM EXAM


Okay.. jangn risau. Kami tak lupa untuk study. Mandi kat teluk batik ni sajer nak buang tension n nervous sebab final exam jer. Kitorang dah buat yang terbaik.. tapi ader 2 3 paper yang mamang susah. Dalam banyak2 aku paling frust dengan paper akaun la. Susah n ada 2 soalan aku salah buat. Menangis aku dibuatnyer.. so sad..

20 June 2008

BLACKROSE NITE

Akhirnya tarikh muktamad majlis makan malam fakulti perakaunan ditetapkan juga. Actually dinner ni dah lamer berlangsung Cuma aku jer yang tak berapa free luangkan mase nak display pic untuk malam tu.

Dengan bertemakan BlackRose nite, pada pendapat aku, ia sepatutnya dipersembahkan dengan pelbagai warna, bukan sekadar kaler merah dan hitam jer. Aku pun pelik apsal ader 2 3 orang kawan aku yang tak stuju dengan pilihan aku nak pakai baju nih. Malam tu memang kebanyakannya menggayakan baju merah hitam tapi ada juga yang serba hitam, n ader gak kaler lain tapi tak ramai la, boleh dikira


Bak kata koordinator fakulti perakaunan, En. Razak b Dahlan, BlackRose nite bermakna pelbagai warna rose lah. Tapi yer la kan, rose lebih dikenali dengan warna merah.. kan..


Dinner malam tu berlangsung dengan baik, walaupun ada lah cacat celanyer sikit. Tapi masih boleh di maafkan. Aku penat bergambar hari ni. Bayangkan dari awal aku sampai tengah hari tu.. orang lain sibuk buat kerja tapi aku dengan anis???? Heheheh kitorang tolong jugak sikit, tapi banyak possing tangkap gambar.



Well aku suka tema warna ni. Malam tu nampak meriah dengan limpahan warna-warna yang klasik dan romantic. Sedikit sebanyak aku berbangga kerana sempat menyumbang 0.8% dalam persediaan dinner ni. Next sem harap junior kitorang leh wat lagi gempak. Hihihi.. okiey.. ni gambar dengan kawan-kawan tercayang yang sempat dirakamkan. Aku display sket je la.. nak taruk banyak takot korang muak plak.