30 July 2008

Hadiah hari jadi untuk ABAH

Tanggal 12 july 1942 lebih 60 abad yang lepas, seorang bayi yang mana kini telah bergelar atuk telah dilahirkan. Aku perkenalkan my lovely father.. Syed Hassim bin Syed Hamzah..

Jahatnyer aku.. seumur hidup aku, tidak pernah sekali pun aku mengucapkan selamat hari lahir kat abah, jauh sekali untuk aku memberikan hadiah sempena hari lahirnya.. sedangkan abah tak pernah lupa hari lahir setiap anak-anaknya… maafkan dieya ye abah..

Tanpa ucapan tak bermakna aku melupakan, tanpa hadiah tak bermakna aku tak menghargai.. aku tau abah pun tau.. korang jgn pk aku anak tak baik tau. Aku nakal sikit je.

Pada tahun ni, genap usia abah 66 tahun. Abah masih sihat dan kuat membanting tulang mencari rezeki memberi kesenangan untuk anak2 dan cucu2nya. Aku sedih tengok abah dan mak masih bekerja keras. Patutnya dalam usia mereka, duduk berehat di rumah. Aku anak bongsu, anak yg masih lagi dalam jagaan abah dengan mak. Untuk menampung perbelanjaan pelajaran aku, mak abah buat apa saja. I love both of u so much.

Menjadikan aku lebih syahdu, anak sulung kakak aku lahir pada tarikh yg sama dengan Hari Lahir abah. Aku percaya, inilah hadiah yg bermakna untuk abah.

Ahmad Danial Darwish bin Ahmad Fajeri.. inilah cucu terbaru abah. Dalam kemeriahan keluarga aku menyambut kelahiran Darwish, dapat lagi satu berita yang kakak aku lagi sorang tu (nyah) mengandung lagi untuk anak ke 5. hehehe meriah nye keluarga aku.

Sekarang aku dah ada 8 orang anak sedara, dalam kata lain, abah n mak dah ada 8 org cucu. 4 laki 4 pompuan. Hehehe terima kasih kepada kakak2 dan abangku yg memberikan hadiah untuk mak n abah… nanti aku pon nak bagi gak.. heheheh

Comelnye generasi masa depan keluarga syed hassim ni.. hihihi

Jalan-Jalan Cari Ketenanangan


Aku memang anak jati perak. Mak asal sungkai kahwin dengan abah asal bota, then menetap kat Felda trolak selatan, n of course aku asal dari situ lah. Trolak kampung halamanku. Aku.. dibesarkan kat trolak, sekolah kat trolak, bercinta dengan org trolak (kebanyakannya). Sambung belajar pun dekat uitm perak. So, pendek kate ikatan aku dengan negeri perak ni memang cukup kuat sekali.

Well perak memang banyak tempat2 yg menarik. Ehm tapi aku pun tak abis melawat lagi. Antara tempat2 dalam perak yg aku tak penah sampai, grik, bagan serai, selama, lenggong, parit buntar, larut, bukit gantang, bagan datok, taiping…ala, paling2 pun setakat lalu aje.

Aku ni plak jenis yang suka dengan aktiviti yg berkaitan dengan air.. pegi picnic kat air terjun ke, sungai ke, tasik ke, laut ke, kolam ke, air mata air ke, air ujan ke memang peberet aku, tambah lagi kalu tempat tu indah permandangan nye.. wahh… memang aku suka. Leh tangkap gambar.. kenangan beb.

Dari semester 1 dulu aku ader hajat. Nak pegi genting n pangkor. Last aku p genting mase form 2 ngan rombongan sekolah. Pangkor memang seumur hidup aku tak penah sampai lagik.. selama 5 sem aku kat uitm, leh kate tiap2 sem aku try plan dgn kawan2 nak pi bercuti ramai2 tapi tak der rezeki kitorang… kempunan aku..

Tapi sem ni, alangkah gumbira nyer aku sampai tak terkata bila aku n 10 org lagi kawan2 aku telah menghabiskan weekend kitorang kat pulau pangkor ni. Wahhh takjub aku rase.

Actually kitorang tak rancang pun… aku tak bangun tido lagi pagi tu dapat sms ida, suh siap2 nak gerak pi pangkor sekarang???? Giler… x plan tapi best



First day in pangkor


Kami tiba di pangkor kira2 pukul 4 petang. Kitorang menginap kat rumah ala2 pondok, Intan Beach Resort name tempat tu. Confirmlah penginapan antara yg paling murah sekali. Kami kan student.. heheh

Lepas rehat jap, solat asar sume, kami berpeleseran di tepian pantai, tangkap gambar kat pokok, kat pantai, kat tepi jalan, kat batu, kat sume tempatlah selagi tempat tu boleh amek gambar kan…

Kami abeskan mase lepak2 kat pantai sambil nak tunggu matahari terbenam. Ni pertama kali aku dapat tengok permandangan yg maha indah, senja di waktu matahari terbenam. Subhanallah memang cantik sangat. selama ni aku tengok kat tv n gmbar dalam majalah aje..

Dah puas, dah penat, kami balik mandi n solat maghrib sebelum kuar balik nak memantau makanan yg best utk dinner plak….



Second day in pangkor


seawal 7 pagi kami dah siap nak g mandi. Heheheh macam dah jadi org laut betul plak. Sejukkk menggigil aku tapi ku gagahkan jugak tulang kering aku ni untuk menghadapi kedinginan angin + air laut pangkor pagi ni.. eh? Sempat lagi possing amek gamba ek? Hehehe

dalam kul 8 lebih kitorang dah mulakan aktiviti pengembaraan nak ronda 360 satu pangkor ni. Da booking bot dari semalam.hehehe, so pakcik yg bertanggungjawab bawak kami tu datang tepat pada waktunya. Kami dibawa pusing laut tu. Sekali lagi aku terpesona.. bestnye.. tak pernah rase damai camni.

Kami diberhentikan kat satu pulau kecil yg banyak sangat ikan. Air die jernih memukau pandangan aku. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan n google, leh snorkeling. Hehhe best tau. Lame kitorang mandi kat sini.. sampai kecut2 urat saraf badan aku kesejukan. Rase macam kitorang ni terdampar kat pulau plak, macam dalam citer pirates of carrebian tu la.. heheheh

Dalam kul 12 baru kitorang gerak ke pantai asal tadi n teruz balik nak bersihkan badan dengan air mutlak pulak. Dah macam dawai dah rambut aku ni. Time to go home…
Kirang siap on time, ngam2 sampai jeti dah ade feri. Ala… nak balik da ker? Good bye pangkor..

Penatnye.. mase ni baru aku terasa lenguh2 dah sendi2 badan aku ni. Tambah plak mengenangkan kerja asgment yg tak siap lagi.. adoiiiiii datang balik sakit jiwa aku..


Pape pun memang best kenangn ni. Bezzzz zzzzz

09 July 2008

wellcome back to UITM

Sedar tak sedar rupa2nya dah 2 bulan aku bercuti. Ehm aper yang aku wat cuti ni eh? Rase macam ta ader wat aper2 pun kan.. macam kebiasaannya aku n d gang g daftar awal2. saje je dah memang jadi hobi aku suke daftar awal. Nak kate rindu kat uitm takde la jugak..

Kali ni aku dapat satu bilik dengan senior part 6 koz id. Ni first time aku dapat roommate lain koz n lain part. Sebelom ni same je. Ok jom kiter imbas wajah ex roommate aku yang dolu2 nak tak? Ala.. cakap jer nak, jangan malu2.

Ayu my 1st roommate mase part 1. naik part 2 dapat bilik 3 org dengan iza n ika. Part 3 pun dgn depe lagi. Part 4 aku dapat nilik dgn kim plak…

So, pendek kater depe sume suke n sayang kat aku.. heheh aku tau..



Tapi untuk kali ni perasaan aku rase lain sikit. Rase kekok sangat aku duk dalam bilik. aku ni terus terang cakap memang orang yang pemalu. Tambah pulak budak bilik baru aku ni lain koz, so dah tentu cara study, cara semua2 nyer tak sama.. Die senior lak tu. Kang kalo die buli aku macamaner??

Tapi.. buat mase ni, baru 4 hari aku sebilik dgn die, alhamdulillah.. ok je orangnyer.. boleh tahan ramah, pandai, baik, n caantik… hehehe lupe plak nak kenalkan name die nur ain…… ingat nak panggil kak… tapi die x kasi.. so ok.


Next pasal kelas plak. Aku masih kekal dengan group last sem. Masuk ni dah 3 sem la aku join this group. Sebenarnya dulu aku asal dari group lain, tapi group tu dah dibubarkan atas sebab2 tertentu, so aku n d gang terpaksa menumpang di group len… n sampai sekarang alhamdulillah aku still xd tukar group lagi.

Jadual aku kali ni boley tahan penen kepala.. ni pon hasil rundingan yg diadakan bersama my class n lecturer.. aper pon aku hepi sebab ni 1st time aku tak ader kelas ari jumaat.. yea… memang best la kalo nak balik kg, ari khamis aku da bley blah.. hahaha


Jadual group part 5 G


8am – 10am

10am – 12pm

2pm – 4pm

4pm – 7pm

8pm – 9pm

monday

Taxation 1


Financial acc 5



tuesday

Financial mgt


Mgt acc

Business law

Business law

wednesday


Mgt acc




thursday

Taxation 1

Financial mgt

Financial acc 5














Aku agak bersemangat ke kelas awal2 ni.. maklumlah, aku kan dah tanam azam baru. Nak dapatkan 4.00 sem ni. Hehheh lecturer sem ni pun nampak gempak je. (tambah lagi lect law aku tu.. tegas macam lawyer. Takut aku, tp die mmg lawyer pun..

Hem.. aku happy sebenarnya tengok org2 yang berkerjaya macm glongan lect ni, secara tak langsung menjadikan aku lebih bersemangat untuk study tau. Aku pun nak berjaya macam diorang. Nak dihormati n capai impian n cita2.


N dengar citer sem ni ader banyak cuti.. wah.. I lap u lah uitm..
next month 16-24 August mid semester break,
27Sept – 5 Oct plak cuti raya,
ujung bln 10 ader cuti study week plk…

hah itu belum lagi campur cuti merdeka, cuti am, uih… best tu…

so, subjek da makin susah, cuti makin banyk, kelas makin skit.. so????? Study hard study smart oakay dieya..


NI MEMORIES AKU N EX-GROUP AKU.

Whatever happen I still love n miss u all. emmuuuaahhh

itu ajer la wat kali ni.. c u when I c u


03 July 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

--Ex lover’s Wedding-


Dulu selalu aku slalu bayangkan macamane rasenya kalau orang yang kita sayang kawen?? Hm.. mesti sedey kan.


aku dah lama clash dengan die cuma perasaan sayang tu jer tanpa aku sedar masih tetap aku simpan walaupun sekarang aku bersama orang lain. Bagi aku dia 1st love aku. Walaupun mase tu just cinta monyet jer.. budak2 lagi, baru form 1 da gatai nak becinta-cinta, tapi yang tu lah yang kekal dalam ingatan sampai sekarang. Nak bercerita al kisah cinta kami kat sini, malu plak rasenye. Tak banyak yang bahagia pun..





-Selamat pengantin baru-


















Aku tak pernah salahkan dia kerana hadir dalam hidup aku. Walaupun aku memang pernah menangis kecewa atas apa yang berlaku namun kini bagi aku semua itu takdir yag telah tertulis. Sememangnya tiada jodoh antara aku dengan dia, biar betapa dalam perasaan sayang kepadanya namun bukan aku yang bertakhta di hatinya…