18 March 2009

Aku AdALaH aKu

kenali aku


Assalammualaikum….

Orang kata, don’t judge book by looking its cover… tapi ‘cover’ memang memainkan peranan penting dalam first impression kita terhadap ‘sesuatu’. Betul???
Yup itu pandangan aku.. tapi tak boleh apply opinion ni utk sume situasi.. sebabnya.. ada x-factor yang kadang2 tersembunyi disebalik ‘cover’ tu sendiri...

Dalam menilai orang plak, macam2 formula, assumption, petua, rahsia yang dah tercipta untuk dijadikan panduan tafsiran.. contohnya tafsiran melalui tarikh lahir… warna kegemaran, zodiak, cara jalan, n sebagainya.. ade yang logik.. n ade jugak yang mengarut yang bley membuatkan kita tergelak…

Aku pun suke jugak cari info2 cenggini… n nak sangat share kat sini hasil hobi sampingan aku.. tapi specific yang ade kaitan dgn aku je la.. ni kan entry aku.. so all about me le kan.. hehehhehe tak nak bace takpe, biar aku syok sendiri type pepanjang…



1. rahsia tarikh lahir pada 15, 20 & 26

jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. (wah.. biar betulll???? Tipu ni!!)
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. (caring…)
Dia sangat benci pada perkara2 yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. (rimas!!)
Dalam hal percintaan, dia menuntut untuk lebih memberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. (eh.. ???)
Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan… (yg ni baru betoiii.. hehhehe)



2. rahsia warna kegemaran secara umum














jika warna ungu (violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar2 luar biasa (tapi still manusia biasa okay).
Dalam menghadapi masa depan, kamu tidak pernah ragu2, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman (ye ke???).
Dalam bercinta, hanya mereka yang kuat mental lah yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.(awassss)


3. rahsia personaliti warna - merah (25hb june – 4 hb july)

selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda “angin satu badan”!! teman/kekasih yang di ingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka. (betul 100%.. hehehhe)



4. rahsia hari lahir wanita – ahad

wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2kan diri.(astaghfirullahalazim…. Anak mak tak macam ni kan mak kan..)
Dia tidak suka mendengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2, suka mengkritik orang tapi tak suka orang mengkritiknya. (yg ni ada la betui sket..mmg betul kot?? Huhu)
Percintaan tak telus tapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. (cintaku tulus tau!!)
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. (ni tak tepat sgt..aku ni penjimat orgnye!!)


5. rahsia wanita – angin (anak ke 4, 8 & 12)

angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita berunsurkan angin:
- mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. (huhuhu untung bakal suami aku..)


6. rahsia personaliti dari kiraan tarikh lahir (26.06.1988)

kiraan: 26 + 6 + 1988 = 2020
2 + 0 + 2 + 0 = 4

*4= konservatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional (camane tu??)
mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. (aku tak sukakan arahan la!!)
mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang patut mereka lakukan. (betul..)
mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja bersendirian. (yes I am tp tgk mood jg)
mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar (mcm p camp ke, mandi air terjun ke??? mmg suke..!!)
mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya dianggap degil. (mungkin.. la) mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. (insyaallah)


7. rahsia keserasian melalui urutan kelahiran – anak bongsu

- si tengah vs si bongsu

Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan seperti anak sulung. Jika si tengah memiliki sikap2 anak tengah mungkin saja dia akan terpedaya dengan gaya hidup si anak bongsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah..

(pendek kate kene cari yg lagi matang dari aku la??? Hem..)

- si sulung vs si bongsu

kombinasi paling bagus kerana si sulung dapat mengajar si bongsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius, manakala si bongsu dapat mengajar si sulong bahawa wajar saja bersenang sekali sekala

(mano aku nak cari anak sulung ni… hehehhe)

- si bongsu vs si bongsu

berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang.tetapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan,maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya…

(patut pon aku clash dgn “budak” tu…)


wahahha… macam2 kan.. ala ni tafsiran je. Tak bley terlalu percaya.. hehhehe… kalau tanye mak aku, mesti dia akan kata aku anak yang baik, manja, sopan, pemalu…. Hik hik hik… (sbb mak aku terlalu syg kat aku)

tp kalau tanye kakak aku, nanti die kutuk2 aku.. (dengki) ekekekke


so jgn tanye sape2… try to know me by ur self.. sebab laen orang laen pandangan… okayyy.. daaa……….

No comments: