25 March 2009

“Tag dari idura”

Tajuknya… 6th folder, 6th pics

ni first time dapat tag… dari kakakku plak tu.. uik??, dapat upah ka I buat mende ni? Hehehheh

Instruction given:
- go yo your photo folder in your computer
- go to the 6th folder of your photos
- go to six pictures in the folder
- Describe…


Hasilnya dapatlah gambar ni…. Ni adalah cucu sulung dalam keluarga aku, merangkap anak sedara aku, namanya Syed Hafiez Fahmie bin Syed Hisyamudin bin Syed Hassim…. Hehhee, leh panggil dengan nama apizz atau along je.

Gambar ni di ambil pada hari raya pertama aidilfitri tahun 2007. satu family die pakai baju tema kaler kunen.. apa ingat kerabat diraja ka?? Hahha… n of course gambar ni diambil oleh aku dan menggunakan hp aku yang lama (nokia 7610)….

Okay??? Sekian terima kasih…

Sesuatu yang ajaib…

…Luangkan masa jap bace artikel ni…
“Seorang doktor di amerika syarikat telah memeluk islam kerana beberapa kejaiban yang ditemui dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..

Dia adalah seorang doktor neurology. Setelah memeluk islam, dia amat yakin dengan perubatan secara islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “perubatan melalui Al-Quran”. Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah2 yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk islam, maka doktor itu memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf yang terdapat dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa..

Darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang 5 waktu yang diwajibkan oleh islam….

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama islam sepenuhnya kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama- Nya yang indah ini…”

Artikel ini aku cilok dari terbitan tinta jumaat keluaran UiTM perak… bukan cilok, tapi berkongsi ilmu.. k… sama2 lah kita menghayatinya.

Im not missing u


I drop a tears in the ocean..
The day you find it..
Is the day I will stop missing you….


Aku wakilkan pic ni je lah nak story bla bla… sebabnya tetiba otak aku jadi bercelaru..
Kadang2 sesuatu benda tu memang tak dapat nak dihuraikan dengan kata2.. kan kan??

So… sekian saja laporan untuk kali ini.. Dieya boleh!!

22 March 2009

Terjahhhhhh

Blok bidara: B-131
Ya allah.. bilik sape yang berselerak ni?? Hehehhe ni namenye meja study org yg rajin study, sampai agak tergendala susunan barang.. tapi ini bilik lame aku.. saje display, ni mase bilik aku mase sem 2… dulu aku duk 1 bilik 2 org je, sekarang aku dah pindah bilik laen…
Ni la tempat kediaman aku sekarang ni.. blok cempaka 2, di bawah naungan unit kolej indera mulia.. hehehhe klasiknye name cam berada di zaman dahulu kala lak rasenyer.. bilik aku bernombor c2-105… 1 bilik untuk 4 org penghuni..

Insan2 yang bertuah dapat jadi roommate aku ialah… tiQah (account), Sofea (interior design) n Kak Hasna (building)

Ni gambaran dari sudut pintu masuk bilik aku..

Meja aku yang kat tepi dinding tu.. tu la tempat aku menelaah pelajaran.. hehehhe
Ni plak katil ajaib aku. kalu aku landing kat katil ni, nescaya aku akan tidur dengan lena n nyenyaknya. Huhuhuhu..

Dan ini adalah almari aku n sofea.. yg belah kiri tu almari dieya yang punya, kalu tak pecayer tgk kad matrix sape yg tergantung kat almari tuh???? Hahhaha

k la aku tatau nak ngarut ape lagi.. c u when I c u…







Hobi…

Selasa- 17hb march 2009


Ari ni kalau refer kat jadual hidup aku patutnya aku free di waktu petang tapi tetiba ade professional talk yang kononnya diwajibkan.. so, aku p je la, tapi malangnya ceramah tu tak menarik minat aku langsong, so aku attend morning session je la, tgahari tu lepas lunch aku n hana cabott…. Terus merempit g ipoh… hik3

Kitorang tgk wayang… citer:

Dah lama simpan cita2 nak pi tgk wayang tapi tak de mase n member yg sudi temankan… best.. goku comey.. ensem cute.. hahaha

Dulu mase zaman sekolah, versi kartun dragon ball kat tv2 kul 9 tiap ari sabtu, so aku slaloo ponteng kokurikulum n tuition sebab nak tgk dragon ball.. huhu

Tu je nak bagitau… ahakz :-p

p/s: agak2 biler nak wat citer sailormoon evolution lak ek??

Wedding n wedding…

8hb march yg berlalu, sorang lagi sepupu aku dah melangkah ke alam gerbang perkahwinan, makin sikit lah famili aku yg berstatus single n bertambah lagilah jumlah keluarga aku yang sememangnye ramai ni… hehehehe

sepupu aku atau “uda” (aku tak tau name penuh die.. hehehe) org felda gunung besaut.. dekat je pon dgn rumah aku. da terlajak datang sini ak sempat jg jumpe dgn kawan lama aku mase belajar menjahit kat PLT dulu.. hehehhe

Dya n ekin
Lame tak jumpe.. n biler da jumpe mmg byk bende yg nak diceritakan tapi tak de mase banyak pon.. pepun dapat jumpe kejap pon aku da cukup puas hati..

Dan diminggu yang berikutnya pulak, pada 15hb march 2009, sorang lagi sepupu aku kawen.. adoiiii berderet2… tarikh rapat2.. aku yang penat!!! Ye la, nak ulang alik tiap2 minggu, naik bas, 4 kali tukar bas baru leh sampai umah aku!!! imagine!!!
Tapi takpe, sepupu is part of my family so no prob… selamat pengantin baru buat abg man dgn isterinya, kak fairuz.


Perasan tak nape aku suke amek pic depe mase depe kat meja makan pengantin??? Ehhehhe sebabnye aku harap2 la kot2 aku dipelawa untuk merasa juadah yang enak2 kat meja tu tapi sayangnya depe suma tak memahami isi perut aku… huhuhuhu

tiap kali mesti amek pic dgn cik kak ni.. nape eh???



Aku handle bubur pulut hitam kat majlis sepupu aku ni, memang laris, sampai abez stok mangkuk utk bubur.. bende free makan mmg la cepat abez,, ni baju subsidi yang dibekalkan pada anak2 gadis dalam keluarga aku, so sape yg pakai baju ni for sure die still single.. hehehhehe

Aku tak sempat nak amek pic yg laennye, sbb petang ni jg aku terpaksa bergegas pulang ke uitm, besok petang ade test beb… tapi gua tak bace hape pon lg…. huhuhuhu

K selamat pengantin baru sekali lagi,buat kedua2 sepupu aku dan pasangan masing2 n semoga berbahagia n berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin…….
Sekian dulu buat kali ini…….



18 March 2009

Aku AdALaH aKu

kenali aku


Assalammualaikum….

Orang kata, don’t judge book by looking its cover… tapi ‘cover’ memang memainkan peranan penting dalam first impression kita terhadap ‘sesuatu’. Betul???
Yup itu pandangan aku.. tapi tak boleh apply opinion ni utk sume situasi.. sebabnya.. ada x-factor yang kadang2 tersembunyi disebalik ‘cover’ tu sendiri...

Dalam menilai orang plak, macam2 formula, assumption, petua, rahsia yang dah tercipta untuk dijadikan panduan tafsiran.. contohnya tafsiran melalui tarikh lahir… warna kegemaran, zodiak, cara jalan, n sebagainya.. ade yang logik.. n ade jugak yang mengarut yang bley membuatkan kita tergelak…

Aku pun suke jugak cari info2 cenggini… n nak sangat share kat sini hasil hobi sampingan aku.. tapi specific yang ade kaitan dgn aku je la.. ni kan entry aku.. so all about me le kan.. hehehhehe tak nak bace takpe, biar aku syok sendiri type pepanjang…



1. rahsia tarikh lahir pada 15, 20 & 26

jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. (wah.. biar betulll???? Tipu ni!!)
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. (caring…)
Dia sangat benci pada perkara2 yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. (rimas!!)
Dalam hal percintaan, dia menuntut untuk lebih memberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. (eh.. ???)
Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan… (yg ni baru betoiii.. hehhehe)



2. rahsia warna kegemaran secara umum














jika warna ungu (violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar2 luar biasa (tapi still manusia biasa okay).
Dalam menghadapi masa depan, kamu tidak pernah ragu2, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman (ye ke???).
Dalam bercinta, hanya mereka yang kuat mental lah yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.(awassss)


3. rahsia personaliti warna - merah (25hb june – 4 hb july)

selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda “angin satu badan”!! teman/kekasih yang di ingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka. (betul 100%.. hehehhe)



4. rahsia hari lahir wanita – ahad

wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2kan diri.(astaghfirullahalazim…. Anak mak tak macam ni kan mak kan..)
Dia tidak suka mendengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2, suka mengkritik orang tapi tak suka orang mengkritiknya. (yg ni ada la betui sket..mmg betul kot?? Huhu)
Percintaan tak telus tapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. (cintaku tulus tau!!)
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. (ni tak tepat sgt..aku ni penjimat orgnye!!)


5. rahsia wanita – angin (anak ke 4, 8 & 12)

angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita berunsurkan angin:
- mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. (huhuhu untung bakal suami aku..)


6. rahsia personaliti dari kiraan tarikh lahir (26.06.1988)

kiraan: 26 + 6 + 1988 = 2020
2 + 0 + 2 + 0 = 4

*4= konservatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional (camane tu??)
mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. (aku tak sukakan arahan la!!)
mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang patut mereka lakukan. (betul..)
mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja bersendirian. (yes I am tp tgk mood jg)
mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar (mcm p camp ke, mandi air terjun ke??? mmg suke..!!)
mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya dianggap degil. (mungkin.. la) mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. (insyaallah)


7. rahsia keserasian melalui urutan kelahiran – anak bongsu

- si tengah vs si bongsu

Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan seperti anak sulung. Jika si tengah memiliki sikap2 anak tengah mungkin saja dia akan terpedaya dengan gaya hidup si anak bongsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah..

(pendek kate kene cari yg lagi matang dari aku la??? Hem..)

- si sulung vs si bongsu

kombinasi paling bagus kerana si sulung dapat mengajar si bongsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius, manakala si bongsu dapat mengajar si sulong bahawa wajar saja bersenang sekali sekala

(mano aku nak cari anak sulung ni… hehehhe)

- si bongsu vs si bongsu

berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang.tetapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan,maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya…

(patut pon aku clash dgn “budak” tu…)


wahahha… macam2 kan.. ala ni tafsiran je. Tak bley terlalu percaya.. hehhehe… kalau tanye mak aku, mesti dia akan kata aku anak yang baik, manja, sopan, pemalu…. Hik hik hik… (sbb mak aku terlalu syg kat aku)

tp kalau tanye kakak aku, nanti die kutuk2 aku.. (dengki) ekekekke


so jgn tanye sape2… try to know me by ur self.. sebab laen orang laen pandangan… okayyy.. daaa……….

Semua sebab DINNER.. DINNER.. DINNER..

Demi mu.




Tarikh diner untuk bebudak diploma perakaunan dah ditetapkan pada 7hb March 2009 di tempat biasa, dewan SUK perak… Daripada aku part 1 sampai ke part 6, tak de la tempat laen majlis makan malam untuk koz aku.. da jadi tradisi kut..

Tema?? Anythings white..atau dalam bahasa lebey canggih, temanya magical white nite. Hehehe aku awal2 da aim baju nikah kakak aku.. konon nak amek berkat cepatla turn aku nikah plak (gatainye..).. tapi bila jodoh yang aku harapkan tu tak kesampaian, so aku teruz tawar hati nak mempergayakan baju tu.. n mood aku nak pi dinner pon da ilang, n aku dgn murah hatinya meminjamkan baju yang aku pinjam tu kat kawan aku, hana…


Tapi dah memang sejak azalinya aku ni macam lalang, tak kukuh pendirian!!! Bley tak last minit aku wat keputusan nak pergi dinner.. tapi tak de baju!!! N nasib baik

kebetulan hana pon nak pi ipoh, nak cari kasot n eksesori tambahan untuk malam ni.. so kitowang pon bergegas la ke ipoh.. target kene balik kul 2 koz kul 4.30 da kene berkumpul naek bazz dari uitm..


Macam happy je possing

Mmg mulanya nampak cam happy, relax je jalan2 kat jj, cari kasot la ape la.. lupe nak cari baju aku.. biler tgk jam da kul 1 baru menggelabah… dari ke jj, pi ipoh parade still tak jumpe costume yang sopan n comel yang sesuai untuk aku.. hahahha (padan muka)

Last destination nak cari kat GM, tapi nasib malang, lock tayar motor tu tak bley bukak… sampai bengkok kunci dibuatnya.. n mase tu dah pukul 2.00 pm… aku dah bayangkan dinner malam ni akan berlalu begitu je.. muka da macam muke seposen da…

Tapi atas usaha dan bantuan insan2 yang baik n prihatin dengan perasaan 2 aweq ni, so dgn susah payah akhirnya kami dapat jugak menghadiri majlis makan malam tu walaupun agak terlewat siket.. ala2 macam citer Cinderella kut.. hehhehe



Tadaaaa…. Heeehehee sampai tersandar kat dinding kami kepenatan.. firstly nak ucapkan terima kasih pada kakak aku (kakyang) yang mensponsor baju nikah die buat aku, tapi mahapla coz da kasi hana pakai.. however baju aku tu pon still kakak aku yang punya.. baju je eh, yang laen tajaan sendirian berhad…

Komen dan pandangan aku pada diner kali ni memang best.. mmg pandai junior aku ni handle dinner ni, sepanjang 6 sem aku kat uitm, ni la d best diner yang aku pernah hadiri… even kalu nak compare dgn mase bacth aku handle dulu pon, still this white nite is the best..

N timer kasih sgt2 pada zadal n specky yang sabar n prihatin n sebab diorangla aku n hana tak terlepas menghadiri malam yang indah ni…


Zadal + dieya + saiful

Yang mane satu aku nak pilih antara 2 ni eh???? hehehhehehe


Oooppp… zadal tu boy hana.. loving couple.. zadal betul2 baik n goodboy, bertuah hana dapat zadal..

N lastly timer kasih untuk student part 4 yang susah payah menjayakan diner ni, n untuk kawan2 aku yang sporting malam ni…

Kami ber3 bolot makanan kat table ni yang asalnya untuk 10 worang taooo.. hehehh


Ni kira summary untuk pic diner malam tu… ramai lg kawan2.. tapi next time next pic… next story.. next memories…